Saturday 20 August 2011

KERINDUAN SEORANG SAHABAT

Mohd Luqman hakim b.Muhammad..sungguh tak sangka kan dah 3 tahun tahun kau pergi....tiap kali hari isnin aku mesti teringat kat kau, sebenarnya aku rindu kat kau sabagai sahabat aku walaupun kita pernah bercakap.. aku teringat saat kali terakhir kau dengan kitaorang..
Hari jumaat-mula-mula kau pinjam kamus arab aku,selama ini kau tak pernah pinjam,.pastu kau cakap dengan kitaorang.. tapi satu perkara yang kau pernah cakap dekat Naqib masa tu,, aku tak pernah lupa sampai sekarang, kau cakap " datanglah rumah aku, sebelum aku tak ada "..kau seolah-olah dah tahu yang kau dah nak pergi.. 


Hari Isnin jam 7.30 pagi -aku dapat berita yang kau accident dan kau dah tak ada, masa tu bulan puasa. kau pergi semingggu puasa. Saat aku dengar kau dah tak ada, aku menangis, aku x mampu tahan,, pagi tu jugak aku pergi sekolah dalam keadaan sedih, aku tak dapat terima hakikat yang kau dah tak ada, kami semua 1 tak percaya yang kau dah tak ada. Fifi x tahan sebak, aku peluk dia...kemudian jam 12.30 aku terus berangkat pergi rumah kau ziarah kau, masa aku sampai rumah kau, jenazah kau belum sampai lagi,


JAM 2 ptg-jenazah kau baru sampai, saat 2 aku sebak sangat, aku tak mampu nak tengok wajah kau.cukuplah sekali aku tengok wajah kau, saat 2 kau kaku,muka lebam, bengkak. aku dengar adik perempuan kau yang kecil 2 dia cakap " KENAPA KAKI ABG X DE.adik x nak tengok ". Saat 2 air mata x  berhenti, Kemudian kawan-kawan kau angkat jenazah kau bawak keluar untuk disembahyangkan..aku hanya mampu doa untuk kau.. aku tak daya..sehingga kau dikebumikan..aku dgnpljr perempuan yang lain x ikut kau pergi dikebumikan. aku balik,


Keesokannya- aku datang sekolah seperti biasa tapi aku rasa kelas 2 sunyi je selepas kau tak ada, aku tengok je tmpat duduk kau, teringat kat kau, budak-budak laki semua senyap. semua sedih Kehilangan Kau.


Loqman..aku rindu sangat kau..aku hadiahkan senaskhah AL-FATIHAH untuk kau..aku iringkan kau dengan DOA,,kau tunggu aku di SYURGA ye,,,aku tak kan pernah lupakan kau..KAU SAHABAT KAU TEMAN.walaupun kau cume sekejap dengan kami...kau rehatlah ye dkt sana..


Mohd Luqman hakim b.Muhammad- Semoga rohnya dicucuri rahmat..dan di tempatkan orang yang beriman..

No comments:

Post a Comment