Saturday 20 August 2011

DOA SEBELUM DAN SELEPAS BERIBADAH

Doa untuk memohon kepada Allah supaya kita memasuki suatu ibadah dan selesai daripadanya dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan serta bersih daripada riak dan daripada sesuatu yang merosakkan pahala. Ayat ini juga mengisyaratkan kepada Nabi supaya berhijrah dari Mekah ke Madinah. Dan ada juga yang menafsirkan doa ini untuk memohon memasuki kubur dengan baik dan keluar daripadanya pada waktu hari kebangkitan kelak dengan baik juga.






(80)رب ادخلنى دخل صدق واخرجنى مخرج صدق واجعل لى من لدنك سلطانا نصيرا 


 Maksudnya : "Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.":80




Tanda-tanda riak :
   1-Malas ketika bersendirian
   2-Bersemangat ketika berada di tengah orang ramai
   3-Bertambah amlannya jika dipuji
   4-Berkurang amalan jika tidak mendapat pujian




YA ALLAH HINDARKANLAH AKU DARI RASA RIAK DALAM SETIAP AMALANKU. JAUHKAN AKU DARI RASA RIAK.
AMIN YA RABBAL A'LAMIN















No comments:

Post a Comment